SEJARAH PENUBUHAN
Kampung Pangkal Petai diberi nama semenjak 1880 sempena Pokok Petai yang tumbuh liar, rendang dan mengeluarkan buah yang lebat di kawasan ini. Lebih seabad yang lalu, Hutan Cerang di kawasan ini telah terbakar, hangus keseluruhan sehingga menjadi sebagai padang, hanya yang tinggal ialah sebatang pokok petai, serumpun rotan sega dan sebatang pokok merkel dan ditempat yang rendah dimana air bertakung menjadi hijau warnanya.
Peristiwa ini diketahui oleh satu keluarga dari Kemuning yang terdiri dari Haji Abdullah,Tok Besar, Tok Sulaiman dan Tok Senik telah bersetuju menjadikan penempatan dan mereka menamakan kawasan ini sebagai Kampung Cherang Hangus, Kampung Sega, Kampung Pangkal Petai, Kampung Merkel dan Kampung Air Hijau.