LOKASI MALAYSIA
(ASEAN MAP)
Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu²).Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapore keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebasMalaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapore keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas.
PETA MALAYSIA
Negeri
- Johor Darul Takzim(Johor Bahru)
- Kedah Darul Aman(Alor Setar)
- Kelantan Darul Naim(Kota Bharu)
- Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)
- Negeri Sembilan Darul Khusus(Seremban)
- Pahang Darul Makmur (Kuantan)
- Perak Darul Ridzuan(Ipoh)
- Perlis Indera Kayangan (Kangar)
- Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)
- Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
- Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
- Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
- Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)
Wilayah Persekutuan
SEJARAH PENUBUHAN
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat brunei. Pada awal penubuhan malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh filipina terhadap sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia